Wanita cedera bas bawa 28 penumpang terlibat kemalangan di Jalan Kanowit
KANOWIT-- Sebuah bas yang membawa 28 penumpang termasuk pemandu terlibat kemalangan di Jalan Kanowit di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 2.07 petang
"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dikerahkan ke lokasi
"Tiba di lokasi Komander Operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa 28 penumpang termasuk pemandu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, terdapat seorang wanita masih berada di dalam bas dan mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Tambahnya, manakala pemandu serta penumpang lain telah berjaya keluar.
"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberi rawatan awal kepada mangsa dan dibawa keluar oleh pihak bomba ke tempat selamat seterusnya di bawa ke Hospital Kanowit menggunakan ambulan," ujarnya.
Menurutnya lagi pasukan turut melakukan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan.
Selepas itu, katanya pasukan begerak ke Hospital Kanowit bagi mendapatkan maklumat mangsa.