Suami isteri warga emas menemui maut, kereta dinaiki bertembung lori sarat muatan batu di Jalan Trusan Lawas
LAWAS -- Sepasang suami isteri warga emaa maut selepas kereta yang dinaiki kedua-duanya bertembung dengan sebuah lori 10 tan yang sarat dengan muatan batu berhampiran Kampung Berayong Baru di Jalan Trusan petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Peranchis Nane berusia 67 dan isterinya Raminah Tadam 69 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan KKM yang turur berada di lokasi.
'Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 1.11 petang," ujarnya.
Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden pertembungan melibatkan sebuah kereta model Proton Saga FLX dan lori 10 tan sarat dengan muatan batu.
Siasatan awal yang dijalankan ujarnya mendapati semasa kejadian, kereta yang dinaiki kedua mangsa dikatakan sedang bergerak dari arah Kampung Long Tengoa sebelum bertembung dengan lori berkenaan dari arah bertentangan.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari kereta dengan dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pihak KKM.
Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Pemandu lori bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa orang awam ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.