Seleweng 2,110 liter diesel bersubsidi, dua lelaki tempatan ditahan di Sibujaya
KUCHING-- Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan menahan dua lelaki tempatan dan merampas 2,110 liter diesel di Sibujaya semalam.
Komander Briged Sarawak PGA SAC Dr Chee Ghazali Che Awang berkata, kejayaan itu menerusi pasukan dari Cawangan Risik Batalion 10 PGA, Sibu dalam Op Taring Charlie dan Op Taring Batas yang dijalankan sekitar jam 1.30 petang semalam.
“Serbuan dan pemeriksaan ke atas satu lokasi di sekitar Sibujaya yang disyaki dijadikan tempat penyelewengan minyak diesel bersubsidi.
“Dalam serbuanini, pasukan serbuan telah berjaya menahan dua lelaki warga tempatan berumur 26 dan 27 tahun.
“Hasil pemeriksaan lanjut telah menemukan sebanyak 2,110 liter Minyak Diesel yang disimpan di lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini
Jelasnya, anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM647,428 (mengikut harga pasaran).
Tambahnya, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sibu untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.