Rumah panjang Tuai Rumah Beji Utik di Sungai Kelabat Betuk musnah terbakar
BINTULU -- 11 keluarga dari Rumah Beji di Sungai Kelabat Betuk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang yang didiami musnah dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kebakaran yang berlaku pada jam 10.58 malam tadi.
Laporan awal yang diterima mengesahkan keseluruhan struktur rumah panjang jenis separa kekal itu ranap sepenuhnya dalam kebakaran.
"Pasukan bomba dan PDRM tidak dapat ke lokasi kejadian disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan disebabkan laluan yang digunakan merupakan laluan jalan pembalakan dan ladang kelapa sawit,".jelasnya.
Kedua-dua pihak ujarnya akan ke lokasi kejadian pada awal pagi esok yang mana ianya mengambil masa 3 jam perjalanan dari Bintulu.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penduduk bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.