Bomba bantu pindahkan pesakit kanak-kanak yang kritikal dari Sibu ke Kuching guna helikopter

KUCHING-- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tampil membantu memindahkan pesakit seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun dari Hospital Umum Sarawak menggunakan perkhidmatan helikopter.

Difahamkan kanak-kanak tersebut yang berada di paediatric ICU (PICU) memerlukan rawatan lanjutan di Hospital Umum Sarawak, Kuching. 

Keadaan pesakit kritikal tidak sesuai untuk perjalanan yang lama (5 hingga 6 jam) menggunakan perkhidmatan ambulans. 

Disebabkan itu, pengangkutan menggunakan helikopter diperlukan untuk memindahkan pesakit tersebutk ke Hospital Umum Sarawak.

Susulan itu, JBPM Sarawak menerusi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) tampil membantu memindahkan pesakit berkenaan.
Next Post Previous Post