Bayi perempuan dan kanak-kanak lelaki antara 4 tercedera dalam kemalangan
BINTANGOR -- Bayi perempuan berusia satu tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun antara empat tercedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas di tepi Jalan KJD Julau dalam kemalangan kendiri yang berlaku petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, sepasukan anggota bomba dari BBP Bintangor bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 5.27 petang.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang mana terdapat seorang lelaki masih lagi tersepit pad bahagian kerusi duduk pemandu," ujarnya.
Tiga lagi mangsa bagaimanapun katanya sudah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.
Maklumat awal yang diterima katanya mengesahkan kesemua mangsa merupakan pasangan suami isteri dan dua lagi mangsa merupakan anak mereka.
Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannyq bertindak mengeluarkan mangsa dengan peralatan khas sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.
Setelah keadaan terkawal dan selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 6.50 petang sebelum bertolak balik ke balai.