Wanita tersepit patah tangan dan kaki kiri dalam kemalangan Axia dan Mitsubishi di Jalan Camar

KUCHING-- Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan akibat tersepit selepas kereta Perodua Axia dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pikap Mitsubishi di Jalan Camar di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan sekitar jam 5.42 petang itu, mangsa berusia 36 tahun mengalami patah kaki dan tangan sebelah kiri dan luka terbuka di muka dan kaki kanan.

"Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu pikap Mitsubishi dan Perodua Axia. 

"Terdapat seorang mangsa wanita tersepit dalam Perodua Axia manakala mangsa di dalam 4x4 Mitsubishi cedera ringan dan telah dihantar orang awam ke hospital sebelum ketibaan pasukan," katanya.

Berikutan itu, katanya pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

Selepas itu, katanya mangsa yang berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pihak petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, setelah memastikan keadaan selamat pasukan bertolak balik ke balai dan operasi ditamatkan pada jam 6.42 petang.
Next Post Previous Post