SK Nanga Budu dinaiki air sehingga paras dada, 26 murid dan 24 pengurusan sekolah berpindah ke kawasan selamat

SARATOK -- 26 orang murid dan 24 pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu Krian berpindah ke kawasan selamat selepas kawasan sekolah dilanda banjir kilat awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Bbp Saratok bergerak ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.15 pagi.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kejadian banjir kilat yang melanda bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi pra- sekolah yang mana paras air dilaporkan mencecah paras dada orang dewasa," ujarnya.
Kesemua mangsa yang terlibat katanya terdiri daripada iaitu 26 orang murid, dan 24 pekerja dan pengurusan sekolah.

Kesemua mangsa katanya berjaya berpindah ke tempat selamat manakala sekolah terbabit ditutup serta-merta atas faktor keselamatan.
Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan serta pemantauan sekitar sekolah bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan bencana.

"Paras air pada masa sekarang masih lagi naik dan berada dalam keadaan berjaga-jaga," jelasnya
Next Post Previous Post