Remaja maut, seorang lagi cedera, motosikal ditunggang bertembung kereta di Jalan Kuala Lawas malam tadi
LAWAS -- Seorang remaja maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan selepas dua buah motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kuala Lawas malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam kenyataannya berkata, mangsa yang diwakili sebagai Nazirul Fitri Lizam berusia 16 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut berada di lokasi kejadian.
"Seorang lagi penunggang motosikal lain yang berusia 22 tahun bagaimanapun hanya mengalami kecederaan," jelasnya.
Pemandu kereta jenis Honda Jazz bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak lanjut.
Selepas menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan dan keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 9.45 malam.