Rangka manusia dijumpai di kawasan Batu 7 Jalan Miri-Bintulu

MIRI -- Penduduk di kawasan Batu 7 di Jalan
Miri - Bintulu digemparkan dengan penemuan rangka manusia pada jam 5 petang semalam. 
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, rangka manusia dan tengkorak yang belum diketahui identiti itu dijumpai pada jam 5 petang sebelum laporan polis dibuat pada jam 9 malam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Siasatan awal yang dijalankan pihak polis mendapati terdapat beberapa rangka tulang dalam keadaan berkelompok dipercayai rangka manusia," jelas beliau. 

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian kata Alexson mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai yang mana setakat ini identiti mangsa belum dapat dikenalpasti.

Siasatan di tempat kejadian juga ujarnya mendapati bahawa setakat ini, kes ini tidak menunjukkan sebarang unsur-unsur jenayah.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau ahli keluarga, saudara mara dan rakan yang hilang, beliau menasihatkan agar pihak berkenaan tampil ke balai polis yang berdekatan atau menghubungi talian 085-43373.
Next Post Previous Post