Lelaki tersepit dan patah kaki kanan dalam kemalangan kendiri di Simpang Bukit Saban
BETONG -- Seorang lelaki patah kaki kanan setelah kereta yag dipandunya hilang kawalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Simpang Bukit Saban pada jam 3.33 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota dari BBP Betong bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan patah kaki kanan.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang terbabas ke tepi jalan yang mana seorang mangsa didapati masih tersepit pada bahagian kerusi duduk pemandu.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan penyelamat khas.
Sejurus berjaya dikeluarkan, pasukan EMRS bertindak memberkani rawatan awal kepada manngsa sebelum dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut. Setelah memastikan keadaan selamat serta terkawal, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak balik ke balai.