Dua lori bertembung di Beluran, seorang patah kaki dan tangan, seorang cedera di kepala
KOTA KINABALU-- Dua cedera selepas lori dipandu mereka bertembung di Simpang Beluran pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 6.57 pagi tadi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran.
"Tiba di lokasi komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan pertembungan antara dua buah lori iaitu lori 3 Tan dan 10 Tan membawa muatan kelapa sawit.
"Kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, seorang mangsa lelaki berusia 46 tahun mengalami cedera di kepala manakala seorang lagi lelaki berusia 18 patah kaki dan tangan akibat pertembungan iti.
"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan awal kepada mangsa dan menghantar ke Hospital Beluran menggunakan Ambulans," tambahnya.
Menurutnya lagi, pasukan bomba bertindak membersihkan Kawasan kemalangan.
"Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 9.13 pagi.