Tiga lelaki disyaki curi kabel di Desa Wira dicekup polis

KUCHING-- Tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel di Taman Desa Wira yang videonya tular di media sosial semalam berjaya ditangkap hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan tangkapan tersebut.

"Ketiga-tiga suspek ditangkap tengah hari tadi di kawasan Stapok kerana disyaki terlibat kes curi kabel di Desa Wira.

"Mereka turut membawa parang ketika kejadian untuk menakutkan orang awam yang cuba menahan mereka," katanya ketika dihubungi Sarawak Update hari ini.

Jelas Mohd Irwan, selain tangkapan, polis turut merampas sebuah kereta SUV jenis Honda 

Tegasnya, ketiga-tiga suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes masih dalam siasatan.

Semalam, tular satu video memaparkan suspek-suspek menaiki kereta Honda berwarna hijau mencuri barangan di kawasan Desa Wira.
Next Post Previous Post