Tak balik rumah selepas bercuti dengan rakan, ibu buat laporan polis

SRI AMAN-- Anak perempuan berusia 15 tahun tidak pulang ke rumah sejak 1 November lalu, seorang ibu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie mengesahkan kes itu berkata wanita berusia 45 tahun terbabit membuat laporan itu pada jam 9.55 pagi semalam.

"Ibu terbabit mengatakan anak perempuannya tidak balik ke rumah sehingga kini. 

"Kali terakhir anaknya balik ke rumah pada 1 November 2024 dan telah keluar semula bersama rakanya untuk bercuti Sibu dan Saratok lebih kurang seminggu. 

"Namun, selepas balik daripada bercuti, rakan anaknya menghantar anaknya ke kawasan sebuah pasar raya di Sri Aman kerana tidak mahu dihantar balik ke rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes masih dalam siasatan.
Next Post Previous Post