Suami maut, isteri parah motosikal terlibat kemalangan dengan lori

SARIKEI-- Suami maut manakala isteri cedera parah selepas motosikal ditunggang pasangan itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kim San di sini hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 12.47 tengah hari tadi.

"Setibanya di lokasi pasukan membuat pemeriksaan awal terhadap mangsa pertama wanita berusia 43 tahun (isteri) yang mengalami patah bahu kanan dan Luka terbuka di bahagian kanan paha mangsa, patah di kaki kanan mangsa.

"Mangsa kedua lelaki berusia 47 tahun (suami) telah disahkan oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, wanita terbabit yang parah kemudian dibawa oleh ambulans ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

Sementara, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kes masih dalam siasatan polis.
Next Post Previous Post