Seorang warga emas wanita antara dua yang parah dalam kemalangan di Simpang Bakun Jalan Pan-Borneo Bintulu-Miri
BINTULU -- Seorang warga emas wanita berusia 66 tahun antara dua wanita yang parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dan pacuan empat roda (4WD) model Toyota Hilux di Batu 17 Simpang Bakun di Jalan Pan-Borneo Bintulu-Miri petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, seorang lagi mangsa yang merupakan wanita berusia 34 tahun turut dilaporkan parah manakala 5 lagi mangsa lain dalam kereta sama hanya mengalami kecederaan ringan.
"Pemandu 4WD yang merupakan pemandu 4WD terbabit bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," jelasnya.
Samapi di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden yang membabitkan dua buah kenderaan.
Sejurus berjaya dikeluarkan, kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital oleh Unit EMRS dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 4.12 petang lalu bertolak balik semula ke balai.