Sempat tolak anak, wanita maut digilis kereta api, anak parah putus kaki
PUTATAN-- Seorang wanita maut manakala anaknya berusia 11 tahun cedera parah dan putus kaki akibat digilis kereta api di Kampung Petagas, di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Lena Gabin, 41, beralamat di Kampung Muhibbah, Putatan akibat digilis dan diseret 20 meter oleh kereta api.
Difahamkan, wanita tersebut sempat menolak anaknya sebelum dirempuh kereta api terbabit.
"Dalam kejadian ini, dua mangsa telah dirempuh ketika sedang melintas di landasan kereta api yang sedang menuju dari Putatan ke Kota Kinabalu.
"Wanita terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala kanak-kanak lelaki mengalami cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Queen 1 oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menerima rawatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, pasukan bomba juga melakukan pembersihan di lokasi kejadian dan membantu mengangkat jenazah mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan pada jam 2.47 petang.