Pasukan bomba ambil masa setengah jam keluarkan pemandu tersepit dalam lori terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Tabuan Dayak Lundu
LUNDU -- Pasukan bomba mengambil masa setengah jam bagi mengeluarkan seorang lelaki selepas lori yang dipandunya terbalik di atas jalan dalam kemalangan kendiri di Halan Tabuan Dayak Lundu di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 5.25 petang bagi menjalankan khidmat khas mengeluarkan mangsa yang terrsepit dalam lori yang terbalik itu.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalagan kendiri melibatkan sebuah lori yang sarat dengan muatan tanah yang terbalik dalam keadaan melintang di tengah jalan," jelasnya.
Pemeriksaan yang dijalankan ujarmya mendapati terdapat seorang lelaki yang merupakan pemandu lori masih terperangkap dalam lori terbabit.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada bahagian kerusi duduk pemandu lori.
Sejurus berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan KKM untuk diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital.
Setelah mangsa berjaya dikeluarkan, maka operasi ditamatkan pada jam 6.10 petang sebelum bertolak balik ke balai.