Pasukan bomba ambil masa setengah jam bagi mengeluarkan dua mangsa 4WD terjunam ke dalam parit di Pusat Bandar Sibu

SIBU -- Dua lelaki warganegara Indonesia nyaris maut selepas pacuan empat roda (4WD) yabg dinaiki keduanya terbabas lalu terjunam ke dalam parit tepi di Pusat Bandar Sibu tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 12.50 tengah hari.

Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah Toyota Hilux yang terjatuh ke dalam parit dan terdapat dua mangsa lelaki yang masih tersepit dalam kenderaan. 

Anggota bomba kemudiannya bertindak menjalankan membuat kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan RTA bagi mengeuarkan mangsa yang tersepit.
Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak ambulan KKM untuk tindakan seterusnya.
Next Post Previous Post