Makmal dan stor ubat Hospital Papar terbakar

PAPAR-- Dua bangunan Hospital Papar, Sabah musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku malam ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 7.02 malam ini dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar dan dibantu BBP Kimanis ke lokasi.

"Tiba di lokasi Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua buah bangunan iaitu sebuah stor perubatan Farmasi jenis kekal yang berkeluasan terbakar 100 peratus dan sebuah bangunan bilik makmal kajian hanya terkena bahangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini katanya operasi pemadaman masih dijalankan. 

Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang mangsa.
Next Post Previous Post