Lelaki sesat dalam hutan paya di Kampung Jaie dijumpai selamat

ASAJAYA-- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang melakukan aktiviti mencari siput disyaki sesat dalam hutan paya berhampiran Kampung Jaie, Sadong Jaya dijumpai selamat malam ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, Mohd Kamil Soni, 40, dijumpai sekitar jam 7.55 malam oleh pihak polis dan orang kampung dalam keadaan selamat.

"Kini mangsa telah dijumpai dalam keadaan selamat pada jam 7.55 malam ini sebelum ketibaan anggota dilokasi kejadian. 

"Komander Operasi melaporkan setelah selesai mendapatkan maklumat mangsa, anggota seterusnya berangkat balik ke balai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, katanya bomba menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa sekitar jam 7.32 malam.

Susulan itu, jelasnya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dikerahkan ke lokasi iaitu Jalan Kampung Jaie, Kampung Jaie Sadong Jaya.

Bagaimanapun, mangsa berjaya ditemukan dan dalam keadaan selamat serta tiada mengalami sebarang kecederaan.
Next Post Previous Post