Wanita tersepit bahagian kaki, 4WD dinaiki rempuh pokok dalam kemalangan di Jalan Abdul Rahman

SIBU --  Seorang wanita tersepit pada bahagian kaki selepas 4WD yang dinaikinya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok tepi jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Abdul Rahman pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Sibu Sentral bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.20 pagi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden sebuah 4WD model Toyota Hilux yang merempuh sebatang pokok yang mana terdapat seorang mangsa yang duduk di kerusi duduk penumpang hadapan tersepit pada bahagian kaki.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan mengalihkan kerusi tersebut bagi melepaskan kakinya yang tersepit," jelas beliau.

Sejurus berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk diberikan rawatan lanjut di Hospital Sibu.
Next Post Previous Post