Tiga penyamun bersenjata cuba merompak sebuah rumah di Batu 19 Jalan Kuching Serian

KUCHING-- Sebuah rumah di Batu 19, Jalan Kuching Serian di sini dipecah masuk tiga perompak malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi mengesahkan polis terima menerima laporan berhubung kes itu.

Dalam kejadian sekitar jam 7 malam itu, tiga individu tidak dikenali, memakai topeng muka dan bersenjata cuba merompak mangsa.

Namun, dua anak lelaki kepada pemilik rumah terbabit mengalami kecederaan akibat bergelut ketika cuba menahan ketiga-tiga suspek terbabit.

Berikutan itu, ketiga-tiga suspek melarikan diri dan gagal untuk merompak penghuni rumah terbabit.

Susulan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis.

Kes masih dalam siasatan polis.
Next Post Previous Post