Sempat berak, minum bir setengah krek, hisap rokok sebelum curi
KOTA SAMARAHAN-- Bukan sahaja mencuri tetapi sempat berak dan minum bir setengah kotak serta 'bersantai' merokok di rumah mangsa yang dipecah masuk mereka.
Kejadian itu dikongsikan seorang wanita di Facebooknya yang memberitahu rumahnya di Taman Samarindah telah pecah masuk pencuri hari ini.
Wanita berusia 43 tahun yang merupakan penjawat awam yang bertugas di Nanga Budu, Saratok itu berkata, dia menyedari rumahnya dipecah masuk pencuri setelah mendapat pesanan menerusi kumpulan Whatsapp taman perumahannya.
"Jiran ambil gambar maklum pagar rumah sudah kena potong. Jadi hati rasa tidak sedap dan mengajak suami pulang untuk memeriksa.
"Kami sampai pukul 7.45 malam dan bila tiba lihat kunci pagar sudah tercabut dan pintu hadapan tidak berkunci," katanya ketika dihubungi Sarawak Update hari ini.
Setelah diperiksa katanya, beberapa barangan rumah serpeti set gerudi, tangga, parang, tong gas dan mata lampu telah hilang.
"Malah, pencuri juga sempat minum bir setengah kotak, buang air besar dan menghisap rokok di rumah," tambahnya.
Jelasnya lagi, keadaan rumah juga berselerak akibat diselongkar pencuri.
"Kami akan membuat laporan polis berhubung kejadian ini esok hari," katanya sambil menambah dia tinggal di taman perumahan itu masih baharu iaitu kira-kira setahun lalu.
Katanya, kejadian seumpama itu kerap terjadi di taman perumahan berkenaan.