Samseng jalanan Bau digempur, 31 saman dikeluarkan, lima motosikal ditahan

BAU-- Sebanyak 31 saman dikeluarkan dan lima motosikal ditahan dalam Op Khas Motosikal yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Bau semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Dr Daram Ruer berkata, operasi sekitar jam 6 petang itu melibatkan pasukan BSPTD IPD Bau bersama pelbagai cawangan melibatkan 1 pegawai dan 14 anggota di pasar Bau, Jalan Bau/Lundu (Sibuluh), Jalan Bau/Krokong, Jalan Bau/Batu Kawa (Kawasan Musi) dan Jalan Bau/Singai.

"Sepanjang operasi dijalankan lima buah motosikal telah ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sebanyak 28 buah motosikal dan 31 orang telah diperiksa di sekitar pasar Bau," katanya.

Tambahnnya, sepanjang operasi dijalankan sebanyak 31 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan. 

"Antara kesalahan yang tertinggi adalah tiada cermin sisi sembilan saman, tiada nombor pendaftaran motosikal (6), ubahsuai struktur/peralatan kenderaan (6), nombor pendaftaran tidak ikut peraturan (5) dan tiada lesen memandu (5)," jelasnya lagi

Sehubungan itu, tegasnya, semua pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dinasihatkan agar sentiasa mematuhi undang undang jalan raya dan sentiasa menitikberatkan keselamatan diri. 

"BSPTD IPD Bau mengalu-alukan sebarang maklumat dari orang awam berkaitan aktiviti samseng jalanan dan boleh disalurkan di talian 082-763311," ujarnya.
Next Post Previous Post