Rumah di Kampung Petanak, Mukah terbakar

KUCHING-- Sebuah rumah di Jalan Kampung Petanak, Mukah musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu sekitar jam 1.49 petang.

"Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan.

"Tiba di lokasi, Komander Operasi melapor kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya kebakaran itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Ketika ini, katanya pasukan masih menjalankan kerja-kerja pemadaman bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya.
Next Post Previous Post