Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki melakukan rompakan bersenjata di sebuah kedai kopi di Bandar Baru Batu Kawah, Kuching baru-baru ini.
KUCHING -- Ketua Polis IPD Padawan Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi memberitahu Sarawak Update melalui sistem pesanan kejadian berlaku awal pagi Sabtu, 5 Oktober 2024.
"Kejadian berlaku dalam jam 4.30 pagi dan kami terima laporan jam 6 pagi. Suspek seorang," kata beliau
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (Akta 592) yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.