Penunggang maut motosikal hilang kawalan lalu terbabas dalam Bulatan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

KUCHING-- Seorang penunggang maut selepas motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas di Bulatan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah Datu Bandar Haji Muhammad Kasim, Petra Jaya awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kemalangan sekitar jam 3.40 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 30-an telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan unit kecemasan Hospital Umum Sarawak di lokasi kejadian pada jam lebih kurang 4.00 pagi. 

"Kemalangan berlaku disebabkan oleh motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang bergerak lurus dari arah Jalan Tun Salahuddin telah hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke dalam Bulatan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah Datu Bandar Haji Muhammad Kasim," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan melulu atau merbahaya sehingga menyebabkan kematian yang boleh membawa hukuman penjara 
selama 10 tahun dan denda sebanyak RM50,000 jika disabit kesalahan. 

Justeru, katanya, kepada sesiapa 
yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Charlie Aloysius di talian 014-8682068 dan di talian 082-259900 bsptd kuching atau mana-mana balai polis yang 
berhampiran. 

"Orang ramai adalah dinasihati supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu serta mematuhi undang-undang jalan raya untuk mengelakkan kemalangan berlaku serta faktor-faktor lain yang diluar jangkaan," ujarnya.
Next Post Previous Post