Kepala lori terbakar, pemandu dan kelindan lori sempat keluar lari menyelamatkan diri
SARATOK -- Seorang pemandu dan kelindan lori kargo sempat keluar menyelamatkan diri dalam insiden kebakaran yang membabitkan lori berkenaan di Jalan Pan-Borneo Saratok Roban awal pagi tadi.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.10 pagi bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.
"Sejurus sampai, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang memusnahkan bahagian kepala lori dab hampir merebak ke bahagian kargo," ujarnya.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran air yang mana api akhirnya berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 2.20 pagi.
Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana kedua-dua mangsa yang berusia 36 dan 40 tahun berjaya keluar lari menyelamatkan diri.
Setelah api terpadam sepenuhnya, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak balik ke balai.