Kanak-kanak malang yang meninggal dunia di Hospital Bintulu dipercayai didera ibu tiri

BINTULU -- Kanak-kanak malang yang meninggal dunia di Hospital Bintulu pad malam Selasa lalu dipercayai didera ibu tiri mangsa, kata Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai perkembangan terbaru kes yang membabitkan kematian kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun 7 bulan itu.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit yang turut ditemui kesan luka pada bahagian kepala dan pinggang disahkan meninggal dunia di Hospital Bintulu pada jam 7.50 malam Selasa (15 Oktober).

Maklumat awal yang diterima turut mengesahkan bahawa mangsa dilaporkan didera di rumah sepasang suami isteri yang berusia 28 dan 34 tahun itu di kediaman mereka di kawasan Setiam.

Justeru itu ujarnya, kedua-dua suspek sudah ditangkap bagi membantu siasatan.

Kes ini katanya akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Previous Post