Isu bantu negeri miskin lain di Malaysia: Rakyat Sarawak teguh sokong pandangan Premier Abg Jo

KUCHING-- Rakyat Sarawak sebulat suara menyokong pandangan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Abang Johari Tun Openg berhubung isu bantu negeri miskin lain di Malaysia.

Malahan, rata-rata rakyat Sarawak bersetuju dengan pandangan Premier bahawa tanggungjawab membantu negeri lain yang masih mundur adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan.

Pandangan itu turut disokong rakyat dari Semenanjung dan memuji kepimpinan Abang Johari yang berusaha membangunkan dan memajukan rakyatnya.

"Sebagai orang Malaya (Semenanjung), saya tabik hormat kepada beliau kerana berusaha menjaga rakyat di negerinya. 

"Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang ada wawasan untuk memajukan negeri," katanya dalam ruangan komen di halaman Sarawak Update.

Selain itu, ada juga yang mengatakan Sarawak harus membantu rakyatnya sendiri terlebih dahulu dan selepas itu barulah membantu rakyat negeri lain.

Antara komen-komen netizen yang menyokong padangan Abang Johari di halaman Sarawak Update:

"Konsep ya senang jak... Nolong org kitak dolok... Baruk kita nolong org lain... Sik patut ahli keluarga kitak kedirik Sik nolong... Udah settle hal family yg susah baru kita nolong org lain...towk bok nya... Mantap Abg Jo".

"Aoklah,kmk urg luar bandar gik bnyk kurang kemudahan awam ni nk mbantuk urg lain,rakyat sarawak mpun gik sengsara beridup kinek".

"Betul. Pendapatan Sarawak, utk memajukan Sarawak. Byk kemudahan dan prasana yg perlu di naik taraf. Sbb nak harapkan bajet yg diberi dari kerajaan persekutuan, sgt tidak mencukupi. Contohnya sekolah dan jalan raya. Semoga Sarawak akan bertambah maju dari masa ke semasa, tak kira lah siapa yg memimpin nya akan dtg" 

"Betul. Pembahagian pendapatan patut mengikut saiz geografi dan populasi. Sarawak ni sebesar Malaya".

"Aieee. Org berjimat sampey diam atas pokok nok d suruh kongsi "pendapatan"! Helan aku".

Terdahulu, Abang Johari berkata membantu negeri-negeri yang masih "miskin" seperti Kedah adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan dan bukannya tanggungjawab kerajaan negeri.

Jelasnya, meskipun Sarawak diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi Bank Dunia, tumpuan kerajaan negeri ketika ini adalah memperkasakan pembangunan negeri dan pendapatan isi rumah rakyatnya.

"Saya sebenarnya tidak mahu mengulas mengenai perkara ini kerana membantu negeri-negeri yang miskin (mundur) seperti Kedah adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri (Sarawak).

"Walaupun kita (Sarawak) diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi tetapi pedapatan isi rumah rakyat masih rendah dan ini menjadi tumpuan kita iaitu meningatkan isi pendapatan rumah rakyat Sarawak sendiri.

"Sebab itu kita bangunkan luar bandar kerana luar bandar di Sarawak masih banyak ketinggalan dari segi pembangunan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sarawak Sustainability Blueprint Conference di sebuah hotel di sini hari ini.

Selain itu, Abang Johari memberitahu, pemimpin kerajaan persekutan dan negeri Kedah sendiri seharusnya bekerja keras untuk meningkatkan negeri berkenaan.

"Saiz Kedah sama besar dengan Baram, Sarawak ini luas seperti tanah Semenanjung, banyak lagi pembangunan yang perlu kita laksanakan termasuk sekolah-sekolah yang sudah usang yang mana kita sendiri bantu kerajaan persekutuan bina," tambahnya.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancarna dengan satu portal berita, dilaporkan berkata Sarawak yang kini mencapai status berpendapatan tinggi, seharusnya membantu negeri yang mundur untuk membangun.
Next Post Previous Post