Dua kereta mewah musnah terbakar dibaling bom petrol, mujur penghuni dan keluarga selamat
BINTULU-- Dua kereta mewah di garaj sebuah rumah di Phuket Oran, di sini terbakar dipercayai dibaling bom petrol oleh tiga individu tidak dikenali tengah malam tadi.
Menurut sumber, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 12 tengah malam di mana tiga individu terbabit menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) berwarna putih.
Ketiga-tiga suspek kemudian membawa dua gelen dipercayai bom petrol, membaling ke arah kenderaan mewah mangsa yang berada di garaj.
Akibat itu, dua kereta mewah mangsa terbakar, namun mujur tiada sesiapa yang cedera.
Semasa kejadian, pemilik rumah bersama keluarganya sedang bersiap untuk tidur, dikejutkan dengan bunyi bising yang kuat datang dari garaj.
Mereka sekeluarga bergegas turun ke bawah untuk memeriksa, namun mendapati dua kereta di garaj itu sudag terbakar.
Susulan itu, pemilik rumah segera meminta bantuan dan menggunakan air untuk memadamkan kebakaran.
Selain itu, orang ramai turut membantu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu.
Api kemudian dapat dipadamkan oleh orang awam tepat pada masanya dan tidak merebak ke rumah.
Pada mulanya, Mangsa menyangkakan letupan itu berpunca daripada bahan mudah terbakar dari dalam keretanya.
Namun, setelah dia memeriksa rakaman CCTV, mendapati sebuah 4WD berwarna putih berhenti di hadapan keretanya, dan kemudian tiga lelaki berpakaian hitam keluar dari kereta dan melemparkan dua bom petrol ke dalam garajnya.
Kejadian itu menyebabkan badan belakang dua kereta mewah dan siling garaj terbakar, namun mujur tiada sesiapa yang cedera.
Mangsa memberitahu, dia tidak pernah berdendam dengan sesiapa, namun kelakuan pihak lain itu telah membahayakan keselamatan dia dan keluarga.
Berikutan itu, mangsa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan, berharap polis dapat menahan suspek secepat mungkin.
Pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali mengesahkan kes itu memberitahu pihak polis sedang menjalankan siasatan.
Selain itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Shin turut hadir ke lokasi kejadian awal pagi tadi.