6 suspek baling bom petrol ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam

BINTULU -- 6 suspek utama yang disyaki terlibat dalam perbuatan khianat membaling bom petrol ke atas duu buah kenderaan mewah di sebuah kediaman di sini ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam, kata Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Nixon Joshua Ali. 

Jelasnya, kesemua suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Bintulu pada jam 4.11 petang.

"Turut dirampas ialah kenderaan, beberapa unit telefon bimbit termasuk pakaian dipercayai digunakan bagi menjalankan kegiatan khianat itu sebagai bahan bukti kes," jelas Nixon.

Semakan yang dijalankan ke atas suspek mendapati suspek mempunyai 15 rekod kesalahan lampau atas pelbagai kesalahan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah. 

Kes ini katanya akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.
Next Post Previous Post