Warga emas lelaki dikhuatiri lemas dalam insiden perlanggaran bot laju dan perahu

MUKAH -- Seorang warga emas lelaki dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai dalam perlanggaran yang membabitkan sebuah bot laju dan perahu di Sungai Batang Oya di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, sepasukan anggota BBP Mukah bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 9.42 pagi.

"Maklumat awal yang diterima mengesahkan dalam insiden terbabit, mangsa yang dikenali sebagai Dos Katek berusia dalam lingkungan umur 80-an itu terkena pada bahagian hadapan bot laju tebabit sebelum terjatuh ke dalam sungai," jelasnya

PKO BBP Mukah kini sedang dalam perjalanan ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden yang berlaku.

Terdahulu, pemanggil memberitahu bahawa insiden perlanggaran berkenaan berlaku di perairan hadapan Kampung Sua dan Kampung Klid.
Next Post Previous Post