Padah terlibat dadah, lelaki dan wanita ditangkap polis di Kejatau Sri Aman

KUCHING-- Seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah ditangkap di kawasan Kejatau, Sri Aman, semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata, suspek lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 24 tahun, kedua-dua penganggur, ditangkap oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sri Aman sekitar jam 8.20 pagi semalam.

"Hasil pemeriksaan beg sandang warna gelap yang sedang disandang suspek lelaki telah menjumpai satu paket plastik kecil lutsinar di dalamnya terdapat ketulan-ketulan Kristal disyaki dadah jenis syabu, anggaran berat 0.31 gram.

"Susulan itu, suspek lelaki ditahan di bawah Sek 12(2) Akta Dadah Berbahaya," katanya.

Malah, tambahnya, hasil ujian saringan air kencing suspek didapati positif Amphetamine/Methamphetamine.

Manakala suspek wanita katanya ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Berikutan itu, katanya, suspek lelaki dan wanita ditahan di bawah Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 . 

"Kedua-dua suspek ditahan di lokap Balai Polis Sri Aman untuk siasatan selanjutnya," tegasnya.
Next Post Previous Post