Lima motosikal ditahan, satu tangkapan dalam Op Motosikal di Bau

BAU-- Lima motosikal ditahan dalam Op Motosikal di Pasar Bau, Jalan Bau-Lundu dan Jalan Bau-Batu Kawa petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Dr Daram Ruer berkata, operasi itu dijalankan sekitar jam 6 petang semalam oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Bau.

"Sepanjang operasi dijalankan telah menahan lima motosikal di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di sekitar Pekan Bau dan telah mengeluarkan saman pelbagai kesalahan.

"Selain itu, satu tangkapan telah dibuat dan diserahkan kepada pihak narkotik di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1959 dan Seksyen 15(1) akta yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan sentiasa menitikberatkan keselamatan.
Next Post Previous Post