Lexus dan Axia bertembung di Lorong Song 3, kedua-dua pemandu selamat
KUCHING-- Dua terselamat selepas kereta dipandu mereka bertembung di Lorong Song 3, Jalan Song tengah malam tadi.
Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 11.25 malam.
"Susulan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan dikerahkan ke lokasi.
"Tiba di lokasi, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah kereta Lexus dan sebuah kereta Perodua Axia.
"Seorang lelaki berusia 29 tahun iaitu pemandu Lexus dan seorang wanita, 24, pemandu Axia berjaya keluar dengan bantuan orang awam dan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, tiada operasi penyelamatan dijalankan.
Namun, pasukan bertindak membersih bekas kemalangan menggunakan satu aliran Salur Bantu Mula (BSM).
Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, pasukan bertolak balai ke balai.