Kanak-kanak perempuan 6 tahun dikhuatiri dibaham buaya


TATAU-- Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dikhuariti dibaham buaya di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, di sini, malam ini

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden malang itu sekitar jam 7.21 malam ini melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Cicilia Julan Intik.

Tegasnya, susulan itu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerah ke lokasi.

"Kawalan BBP Tatau terima panggilan daripada bapa mangsa yang melaporkan terdapat anaknya berusia 6 tahun telah dibaham buaya.

"Tiba di lokasi, Komander Operasi melaporkan kes melibatkan mangsa dibaham buaya di mana seorang kanak-kanak perempuan dipercayai sedang mandi di sungai bersama ahli keluarganya pada jam 6.30 petang.

"Kejadian disaksikan oleh datuk mangsa yang turut berada di lokasi," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, susulan kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

"Anggota sedang melakukan pencarian di kawasan tebing jeti bersama dengan agensi lain yang berada di lokasi," ujarnya.

Setakat ini mangsa masih belum dijumpai.
Next Post Previous Post