Buaya 13 kaki berjaya ditangkap di Jalan Sungai Baji Sarikei

SARIKEI-- Seekor buaya sepanjang 13 kaki berjaya ditangkap dalam anak sungai di Jalan Sungai Baji, di sini petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei Lt (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, buaya terbabit ditangkap penduduk kampung menggunakan tali.

"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei menerima panggilan berhubung kes ini sekitar jam 4.40 petang dan mengerahkan SKUAD MYASPA-O Charlie ke lokasi.

"Menurut maklumat daripada pengadu, beliau ternampak kelibat seekor buaya di dalam anak sungai di tempat beliau mencari rezeki.

"Bimbang dengan keselamatan penduduk di situ, beliau terus menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sarikei untuk meminta bantuan kecemasan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, setibanya di lokasi SKUAD MYASPA-O Charlie membuat pengoperasian dan buaya sepanjang 13 kaki telah mati ditembak penduduk kampung selepas ditangkap.

Tambahnya, buaya terbabit kemudian dibawa ke PKOD Sarikei dan diserah kepada pihak Perlilitan untuk tindakan selanjutnya.
Next Post Previous Post