Bomba ambil masa 1 jam padamkan kebakaran dua unit rumah teres berkembar di Jalan Layang-Layang Sibu awal pagi tadi
SIBU -- Pasukan bomba mengambil masa sekitar 1 jam bagi memadam kebakaran yang memusnahkan sua unit rumah di Jalan Layang-Layang di Pekan Sibu awal pagi tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, sepasukan anggota dari BBP Sibu Sentral dengan bantuan BBP Sungai Merah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.24 pagi bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran melibatkan dua unit rumah teres jenis berkembar dua tingkat struktur kekal yang dijadikan bilik sewa sedang terbakar.
PKO kemudiannya melakukan kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan 1 aliran 200 kaki hose, 2 nozel air dari pili bomba pam jentera.
"Komander operasi dalam pada itu melaporkan kesukaran memjalankan kerja-kerja memadam kebakaran kerana tekanan air rendah di kawasan terbabit," ujarnya.
Setakat ini, bomba melaporkan bahwaapi sudah berjaya dikawal pada jam 7.35 pagi yang mana kerja-kerja overhaul masih dijalankan bagi menggelakkan berlakunya kebakaran berulang.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami kesemua penghuni bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.