Banjir di Sook: Bayi dua bulan, kanak-kanak dua tahun hanyut dibawa arus

KOTA KINABALU-- Bayi dua bulan dan kanak-kanak dua tahun dilaporkan hilang selepas hanyut dibawa arus ketika kediaman mereka di Kampung Dalit, Sook, Keningau, dilanda banjir 
petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, dalam kejadian sekitar 5 petang itu, tujuh mangsa hanyut dibawa arus deras selepas dilanda banjir.

"Lima mangsa selamat manakala dua lagi yang merupakan kanak-kanak berusia 2 tahun dan 2 bulan masih hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya bomba menerima panggilan berhubung kes itu sekitar jam 10.06 malam tadi dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook dan dibantu BBP Keningau ke lokasi.

Jelasnya, pasukan bomba dari BBP Keningau (Balai Bantuan) telah berada dilokasi untuk mengambil maklumat mangsa. 

Operasi mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa yang masih hilang sedang dijalankan.
Next Post Previous Post