Anggota tentera jalani latihan meninggal dunia terkena tembakan di Song
KUCHING-- Seorang anggota tentera meninggal dunia di Hospital Kapit ketika menerima rawatan selepas cedera parah akibat terkena tembakan di kawasan hutan Batu 5 Jalan Balak Multiplus, Song.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata yang mengesahkan kes itu berkata, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan pada 7.43 pagi di Hospital Kapit.
Jelasnya, mangsa meninggal dunia akibat terkena tembakan orang awam dalam kejadian awal pagi ini.
"Anggota tentera terbabit sedang menjalani latihan dipercayai telah terkena tembakan orang awam yang memburu di kawasan tersebut.
"Kemudian mangsa telah dibawa ke Hospital Kapit.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 7.43 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegasnya, kes masih dalam siasatan.