Tragedi penambang Kampung Selampit, mayat Helena dijumpai
LUNDU -- Mayat mangsa kedua tragedi perahu tambang karam di Sungai Kayan di Kampung Selampit iaitu Helena Fasha Petrus telah dijumpai orang awam pada jam 5.30 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, dengan penemuan mayat yang kedua ini menjadikan hanya seorang lagi mangsa iaitu Alsma Jithil berusia 14 tahun belum lagi dijumpai.
"Mayat mangsa yang kedua ini telah dijumpai oleh orang kampung pada jarak 10 meter dari PKB di kawasan hilir sungai pada jam 11.58 pagi tadi," jelasnya.
Usaha pencarian mangsa yang ketiga dan terakhir itu akan diteruskan dalam usaha pencarian di hari yang ke-3 esok yang mana akan disertai oleh pasukan bomba dan agensi berkaitan yang lain.
Usaha pencarian pada hari ini secara amnya melibatkan kawasan dalam lingkungan radius 1 kilometer ke bahagian hulu dan hilir sungai.