Suspek kes pukul, ugut di MJC berjaya ditangkap

KUCHING-- Seorang lelaki yang terlibat kes pukul dan ugut di di MJC Batu Kawa ditangkap di RPR Taman Sri Jaya, Matang di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditangkap sekitar jam 1.15 petang tadi.

"Suspek akan direman esok dan disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Mohd Irwan memberitahu, satu rakaman video tular dalam media sosial
pada 24 Ogos 2024 jam 4.55 petang berhubung kejadian pukul itu.

Susulan kejadian itu, katanya, polis menerima laporan daripada mangsa yang memaklumkan telah dipukul dan diugut suspek di MJC Batu Kawa.

"Rakaman video mangsa dipukul turut dikesan tersebar di media sosial.

"Berikutan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan," jelasnya.
Next Post Previous Post