SFC terkejut "buaya jantan" masuk perangkap
KUCHING-- Sarawak Forestry Corporation (SFC) dikejutkan dengan kehadiran "buaya jantan" yang termasuk perangkap yang dipasang pihaknya dalam menangani masalah buaya di negeri ini.
Menurut SFC di Facebook rasminya, lelaki terbabit menjolok perangkap yang dipasang di sebuah sungai.
Katanya, akibat perbuatan itu, lelaki terbabit terperangkap dalam perangkap tersebut.
Namun, nasib menyebelahi lelaki berkenaan kerana tiada buaya yang datang ke kawasan yang dipasang perangkap berkenaan.
"Kita selalu dengar pepatah sarang tebuan jangan dijolok tetapi ini lain disebabkan perangkap buaya dijolok dia terperangkap dalam perangkap.
"Nasib tiada buaya di situ kalau tidak sudah ke langit ke tujuh lelaki itu," kata SFC.
Justeru, SFC menasihati orang ramai agar tidak mendekati kawasan yang dipasang perangkap buaya kerana tidak mahu perkara tidak diiingini dari berlaku.