Seorang kanak-kanak diselamatkan setelah mengalami Asma dan sukar untuk bernafas oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong.
BETONG -- Mangsa, Septa Ayden Bungkar Abdullah, 5, dari Rumah Panjang Tembong, Lidong, Betong mengalami kesukaran bernafas sejak awal pagi menyebabkan keluarganya memohon bantuan kecemasan untuk menghantar ke Hospital Betong.
Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah(PPAD) Betong, Kapten (PA) Siti Huzaimah Haji Ibrahim, mangsa tidak dapat dihantar ke Hospital menggunakan kenderaan sendiri kerana laluan jalan utama dinaiki air banjir.
"Empat anggota digerakkan untuk hadir kelokasi bagi membantu mangsa.
"Anggota kami yang dalam perjalanan mendapati laluan jalan utama tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
"Kami bertindak menggunakan sebuah bot penyelamat APM untuk mengambil mangsa di lokasi yang jaraknya lebih kurang 2 km dari rumah panjang pengadu.
"Mangsa bersama dua penjaga telah dibawa keluar menggunakan bot. Terdahulu mangsa diberikan rawatan terapi oksigen dan pemeriksaan vital sign sebelum dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan selanjutnya.