Remaja 17 tahun parah kemalangan di Jalan Tun Patinggi Abang Haji Salahuddin disahkan meninggal dunia

KUCHING-- Seorang remaja berusia 17 tahun yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Patinggi Abang Haji Salahuddin, awal pagi tadi disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam 1.30 pagi melibatkan melibatkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dan sebuah kereta Perodua Bezza.

"Mangsa lelaki tempatan berumur 17 tahun telah disahkan meninggal dunia di hospital umum sarawak pada 2.29 pagi oleh pihak paramedik Hospital Umum Sarawak.

"Seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun telah ditahan bagi membantu
siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau merbahaya sehingga menyebabkan kematian yang boleh membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sebanyak RM50,000.

Justeru, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian diminta
untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Kuching atau balai-balai berdekatan di talian 082-259900 atau berhubung dengan Inspektor Charlie
Aloysious di talian 014-8682068.

"Oleh itu, orang ramai dinasihati untuk berhati-hati memandu di jalan raya khususnya waktu hujan kerana jalan licin dan faktor-faktor lain yang tidak dapat dijangka," ujarnya.
Next Post Previous Post