Pemuda maut nahas motosikal, kereta di Jalan Sultan Tengah

KUCHING-- Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di di Jalan Sultan Tengah, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 23 tahun yang cedera parah akibat kemalangan itu disahkan meninggal 
dunia di tempat kejadian pada jam 11.30 malam oleh paramedik, Hospital Umum Sarawak.

"Kemalangan maut melibatkan dua kenderaan ini dipercayai berlaku sekitar jam 10.45 malam, melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y15 dan sebuah kereta Perodua Axia. 

"Perlanggaran berlaku disebabkan motosikal ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan yang bertentangan lalu bertembung dengan Axia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan itu, katanya penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan katanya boleh dihukum penjara selama tempoh tidak daripada lima tahun dan tidak lebih daripada sepuluh tahun dan denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM50,000. 

Justeru, beliau meminta kepada sesiapa yang ada sebarang maklumat berkenaan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuching Inspektor Russell Stetson Junner di talian 013-8578601 dan di talian 082-259900 BSPTD Kuching atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

"Orang ramai dinasihati untuk berhati-hati semasa memandu di jalan raya terutama pada waktu hujan kerana jalan licin serta faktor-faktor lain yang diluar jangkaan," ujarnya.
Next Post Previous Post