Pasangan suami isteri warga emas ditemui mati rentung dalam bilik air

MIRI -- Pasangan suami isteri warga emas ditemui mati rentung dalam bilik air di kediaman dua tingkat milik mereka di Kampung Pangkalan Lutong selepas ianya musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mayat kedua-dua mangsa, Abdullah Nassa berusia 77 tahun dan isterinya Jaimah Badar, 64, dijumpai rentung ppada jam11.15 tengah hari di dalam bilik mandi.

Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis pada jam 1.15 petang untuk tindakan lanjut.

Setakat jam 1.30 petang tadi hingga sekarang, pasukan bomba sedang giat menjalankan kerja-kerja "overhaul" bagi memastikan tiada berlakunya kebakaran berulang. 

Dalam kebakaran yang berlaku pada jam 10.55 pagi itu, ianya memusnahkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal yang mana ianya musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku.
Next Post Previous Post