Menyamar jadi polis, lakukan pemerasan, Juli Mangkok gagal hadir mahkamah kena waran tangkap

KUCHING-- Polis Sri Aman kini giat mengesan seorang lelaki yang terlibat dalam kes menyamar sebagai penjawat awam (polis) dan pemerasa di Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata, lelaki terbabit telah dituduh di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sri Aman. 

Namun katanya, tertuduh yang dikenali sebagai Juli Mangkok, 31, beralamat di Rumah Sawai Jungkong Pandak Bukit Balau, Lingga gagal hadir ke mahkamah pada 22 Ogos lalu.

"Susulan itu, satu waran tangkap dikeluarkan ke atas lelaki terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, tegasnya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman sedang giat mengesan lelaki terbabit. 

"Pihak polis meneruskan usaha untuk menjejaki dan menangkap lelaki terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan terkini lelaki ini diminta untuk segera melaporkan kepada Balai Polis Sri Aman di talian 083-322121 atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat kes Sarjan Zuriana Jamali di talian 010-7883733 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," ujarnya.
Next Post Previous Post